HILANG

HILANG

Sunday, January 23, 2011

lombok

semua orang tahu kes gadis lari ikut lelaki lombok
bila keluar surat khabar
bantuan sana bantuan sini dihulur diraih

bukan sekarang kes-kes seumpama
dah berzaman lagi

*****************************************

kelmarin aku dikejutkan dengan perkhabaran kurang gembira
isu aku basuh kereta
hal seremeh itu pun boleh dibesar sehingga berkait

begini,
aku ini jarang menghentam orang.  dan aku ini jenis yang bertanya tuan punya badan. jika diberitahu A menyampaikan pada si B, aku jumpa B bertanya. kemudian aku jumpa A untuk kepastian. biar dua kepala aku bertemu muka.

ini, kisah seorang yang aku panggil kakak, kerana hormat, tapi hormat itu dicampak ke tanah kerana ia tidak perlu untuk harga diri sekeji itu.

bermula dengan kisah dulu-dulu
zaman bila waktu aku sendiri tak tahu, dia sudah berjejak, bukan di tanah melayu, tapi jiran kita itu.
jiwa dan semangatnya kental, bersama tutur kata dan patriotisme, berubah wajah berubah corak lain riak

kemudian, di zaman yang aku kenali, dia telah kembali tetapi jiwa dan patriotiknya bukan pada empat warna,
ia bertukar menjadi dua.

sementelahan setelah lama aku kenal, baru terbukti pasak mana yang dipilih dia, sini atau sana.
dan jangan sesekali berkata tidak elok tentang sana. indah molek belaka...

itu aku tidak peduli.
jiwa dia. dia punya.

tapi aku terkesah, bila mana semangat, serta mentaliti dibawa bersama
persis sinetron. sama. sekepala.

*****************************************************
aku mahu tahu, jika sedang kau bekerja, kau buka akaun muka buku, kemudian kau tayang dinding orang untuk kau bercakap dan tunjuk pada staff lain, staff bahagian sumber manusia pula itu..

apa yang ada di fikiran engkau?
rasa dengki? atau rasa membangga diri?
tahu arif tentang teknologi?
ada muka buku yang baru dibuat beberapa minggu..
itu?

apa pula persepsi yang melihat?
apa persepsi tentang tindak tanduk kau yang tidak rasional sama kerja..
orang lain sudah berzaman tahu, segala laman sosial yang ada
dan kau pula persis paling maju paling tahu..
tapi bikin malu.

kemudian bila aku dimata kau tidak kena
aku difitnah dan kau cerca. sesedap rasa.
beritahu orang yang aku begini begitu. canang pada orang yang beria segala.

engkau bagitahu orang tentang aku
tanpa rasa malu dengan diri sendiri
semacam engkau langsung tiada secalit dosa.
engkau bawa aib orang, ke muka-muka yang tidak tahu,
jadikan mereka pendengar setia,
walau dalam diam mereka berpaling dan bercerita pula tentang engkau.

bodoh!
atau engkau lebih faham ini,

dasar begok!

aku ingin benar tahu
engkau yang dulu lari ke lombok
dan kini ada anak yang tidak tetap status warga
dan bermain cinta pula dengan lelaki yang sudah bergelar suami orang
itu yang kau kira cukup indah dan bahagia dunia engkau?

jadi, buat apa dicerita aib, dibuka segala
jangan sampai dijaja sekeliling engkau punya rahsia.
aku tidak meletak nama
tetapi engkau yang meletak diri engkau dalam posisi sekarang ini.

aku pun banyak khilaf
tapi jangan mencari hina aku
kerana engkau juga aku kira tidak mulia.

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment