eh, ni bukan pasal sesiapa pun..
aku jarang menghentam orang guna blog.
setakat ini rasanya tak pernah lagi
kalau ada pun, mungkin bias..
* bias = tempias..
ini keterlanjuran tolong Encik H mengforward emel
bila dia tanya aku macam-macam soalan berkaitan hantar emel
aku senyum sendiri
dulu, aku pun kes macam tu jugak...
teringat kali pertama aku nak create emel...
waktu tu tingkatan 4.
sebab friendster & myspace tengah hot
dan sesiapa yang tak ada
dikira macam ketinggalan..
macam jugak facebook sekarang ni.
jadi, untuk ada akaun friendster (fs),
kena lah ada emel dulu.
disebabkan aku tak pandai nak menggunakan emel
aku minta tolong pada seorang kawan
yang kerjanya hari-hari chatting dengan orang hindustan.
*ini cerita benar
dia selalu cerita dia chatting dekat #kampung.
dan aku pun excited jugak bila dengar cerita dia
jadi aku nak cuba-cuba masuk alam siber
credit : norazlin
=P
maka suatu hari, aku cakap :
weh, ajar aku guna emel..
aku ambik kau kat rumah
kita pergi cybercafe.
ok?
pertama kali ketuk papan kekunci
dan pertama kali layari www.yahoo.com
aku baca semua advertisement yang bergerak-gerak tu
semua info aku nak baca
dah la banyak link pulak tu.
last-last, kawan cakap
"alah, kau tak payah peduli la iklan-iklan bergerak ni"
~ sekarang, memang aku tak pernah pedulikan iklan-iklan ni.
sebab aku rasa tak penting dan tak wujud.
korang pulak? baca ke advertisement2 tu?
=D
then, nak pilih ID la pulak..
sebabkan aku ni jenis tak duduk diam
dia suggestkan guna "roller coaster".
heh! tayah la nak try carik emel tu
dah tentu-tentu zaman dulu,
penambahan huruf dan nombor nampak paling cool..
contoh :
babycutez89@yahoo.com
hahahahaha.
eh, aku main tulis je ni. ada sesiapa pakai email address ni ke?
alamak...
ok
lepas tu, aku pun start la guna emel
waktu aku create emel tu memang fs belum la betul-betul hot
jadi, aku main mirc
zaman-zaman orang dok sebok berchenta dengan boypren siber.
aku sekadar menjenguk.
nak jugak la tu camne rupanya mirc tu.
tak la syok tak hengat paling jimat fantasterbessst pun..
then, start la fs & myspace.
seingat aku time tu aku form 3 ke form 4.
semua orang gila fs.
dan aku pun buat la satu sebab kang
selain orang tanye nombor handset
*sebut handset dulu lebih cool dari sebut handphone.
diorang akan mintak nick friendster atau myspace.
macam jugak sekarang "facebook kau apa?"
=D
baik,
kemudian,
zaman 2005 dan ke atas, kalau form surat-menyurat
mesti ada colum
[emel : ]
dan kalau kosongkan colum tu
rasa macam
"alahai.. ketinggalan zaman sungguh tak ada emel".
jadi, aku selamat sikit.
boleh la jugak memenuhkan ruang tersebut sebab aku ada emel!
hahahah.
meningkat lagi setapak,
emel dah jadi macam satu benda yang mesti ada,
selain nombor telefon.
wajib.
sebab telefon (aku) tak boleh nak support gambar, document dan lain-lain
yang computer boleh support.
jadi, dengan emel, bolehlah kawan-kawan hantar macam-macam benda.
tapi tak kesah sangat.
zaman belajar kat universiti dulu,
siapa yang pakai iphone?
hahahah.
mana ada..
ipad? lagi lah..
jadi, tak la segan sangat bila bawak handphone-buat-baling-anjing aku ni.
sebab semua orang pun tak ada handphone canggih yang boleh support
pdf dan sebagainya.
kan?
berbalik zaman universiti
aku create lagi satu emel untuk buat kerja formal
contoh macam berhubung dengan lecturer bawah konsep e-learning
dan perkara-perkara formal dengan orang luar.
bayangkan kalau kita berhubung...
From : Fadhilah Khalid < babycutez89@yahoo.com >
To : sofianidris@uitmpahang.edu.my
Subject : Surat Permohonan Kebenaran Lawatan Fakulti
fadhilah khalid babycutez89.
damn!
emel tu pulak bercerita perkara formal.
sungguh la etika letak di lutut.
tapi, mengingatkan hal ni,
memang terjadi
kawan seuniversiti
masih menggunakan emel lama zaman sekolah
walaupun dah hampir bekerja
alkisah,
setapak lagi nak bergelar graduan
kami mesti buat praktikal.
kalau dah namanya kerja pejabat
kadang emel jadi medium untuk berhubung
dia cerita :
orang tu tanya emel aku
aku rasa segan nak bagitau
tapi aku cakap jugak la
aku tanya :emel kau apa?
dia jawab : blues.clues@yahoo.com
aku eja la kat orang tu.
b - l - u - e - s dot c - l - u - e - s at yahu dot kom.
(^_^)
No comments:
Post a Comment