HILANG

HILANG

Tuesday, October 5, 2010

kawan lama

dari kecik sampai lah ke besar
aku sentiasa ada kitaran kawan.
maksud aku, ada masa, ada waktu
aku akan jadi begitu rapat dengan seseorang
dan ada waktu aku akan menerima seorang yang lain
dan kawan yang tadi pergi menjauh

tidak bergaduh
tidak bermusuh

cuma menjauh

seperti yang aku cakap
kitaran.

berpusing2..


dari kecil aku cuba mengertikan perihal ni
pelik.
tak bolehkah satu perhubungan itu terus kekal
dan indah seperti selalu
seperti dulu?

makin membesar dan dewasa ini
aku mulai faham

keadaan itu normal
kerana manusia itu mana sama sifatnya
pada setiap satunya
pada setiap kudratnya
pada setiap takdirnya
pada setiap fikirnya
pada setiap perlakuannya
pada setiap tindakannya
pada setiap segalanya.

dan belajar menjadi dewasa
membuatkan kita mula sedar
akan kepentingan memilih jalan sendiri

mungkin bulan ini kita senang dengan kawan sama tepi jalan cari kerja
dan bulan depan kita senang sama kawan cari makan MLM
dan bulan berikut kita senang dengan kawan punya agenda bisnes sendiri
dan bulan kemudian kita senang dengan kawan tokey2 besar cari orang untuk jana duit
dan bulan berterusan kita senang dengan kawan yang sama-sama hanya hidup dengan jadi orang NGO.

berbakti. tanpa mahu balasan.
ikhlas. tanpa mahu nama terpempan.

dan kemudian terus. dan terus. dan terus.
kita memilih selera yang kita suka.

mungkin zaman belajar sekolah rendah kita suka dengan kawan yang suka main kejar-kejar.
dan sekolah menengah kita suka pada kawan yang popular dan happening.
dan zaman universiti kita suka pada kawan yang bersama susah senang.
dan zaman berkerja kita suka pada kawan yang sama-sama workaholic.

dan keadaan itu tetap terus berlaku. dan berlaku.
antara kita mengejar mimpi untuk menjadi.
atau tertinggal bertapak-tapak dibelakang.

pilih.

sebab tu ada kawan sanggup tinggal kawan untuk ini.
untuk mengejar mimpi realistik
untuk menjadi seseorang
untuk lebih dewasa
untuk lebih menghargai hidup.

kepada kawan-kawan yang pernah ada bersama
tapi memilih untuk tinggalkan aku kerana itu, sesuatu

tidak mengapa.

ada mahu jadi artis. tinggalkan aku, yang jari kaku.
ada yang mahu jadi orang bisnes. tinggalkan aku, yang otak tepu.
ada yang mahu jadi senator. tinggalkan aku, tak perlu tunggu.
ada yang mahu jadi seniman. tinggalkan aku, yang masih buntu.

tinggal kan aku.
tinggal kan aku.

aku masih mampu hidup tanpa kamu.
sebab
dalam perjalan tempoh panjang 10 20 tahun ini
banyak yang kita kenal dan pelajari
dan setiap kamu memilih untuk tinggalkan aku bertapak-tapak

aku doakan kamu benar berjaya.

karna aku mahu hidup secara biasa.