HILANG

HILANG

Tuesday, February 1, 2011

ditempeleng tangan si invisible

rasa macam kelakar pulak entri kali ni. tapi itu la apa yang aku rasa sekarang.
betul, aku rasa aku kena tempeleng sedas.

kali ni aku nak tulis biasa-biasa. sebab aku tak dapat nak kerah otak tulis ayat cantik menarik, seritma irama.
hati sudah di rumah; dengan emak.

baru sebentar tadi membaca note seseorang. yang aku rasa jauh tidak rapat, tetapi aku kagumi.
melihatkan diri dia sebagai pemimpin dan senantiasa mahu berbaik, berjuang dan ke depan.
sungguh kagum.

susah nak cari orang yang seperti.
dan aku tahu dia bukan jenis cakap tak serupa bikin.
tahniah untuk sesiapa yang bakal menjadi isterinya. haha.

kita, kadang-kadang sudah rasa cukup bagus.
lengkap dan lebih baik.
cuba tengok sekeliling.
orang yang ini, begini.
orang yang itu, begitu.
orang itu selekeh. tidak berduit.
orang itu pakai barang berjenama. kaya raya.
tipikal. tapi wujud.

pak aji berserban. alim ulamak.
budak  jalanan pakai jeans koyak. kutu gerahak.


kadang-kadang aku tak boleh menolak sebab aku pun berbuat begitu.
tafsir pertama.
jangan menilai buku dari kulitnya. betul.
tapi kita percaya dari apa yang kita nampak..

berbalik kepada si invisible yang telah menempeleng aku.

aku tersentak baca note dia.
*tak tau kalau dia ada blog. tak nampak pulak link blog dia.

dia cakap :

dia dah bangun dari diulit mimpi
tapi dia tinggalkan orang lain, tanak gerak sama.
dan sekarang, dia dah sedar
dan dia nak kejut sama yang masih lena.
dan yang membuat aku lagi insaf,
setiap cakap diselit tafsiran.

gila kau.. ada kau berani nak letak tafsir kalau kau tak faham mendalam?
tapi dia letak.
konklusi?

fikir sendiri.

tapi itu lah, bila diberi beberapa perumpamaan dan tafsir Quran,
hati aku jadi sejuk semacam.

***********************************************************

tapi aku mahu kamu faham tentang ini.
ini tiada sangkut paut dengan encik tangan invisible..

dulu jahat,
lepas itu nak jadi baik
kemudian ajak orang jadi baik
tapi caranya begini :

situasi : petang, dah nak maghrib
lokasi : dalam bilik
interaksi : 2 orang, satu baru balik, satu lepak dalam bilik.

nak jadi baik : oi.. apa lah, dari asar ke maghrib, lepak main game
diajak jadi baik : aku baca buku la tadi, ni baru je lepak main game.
nak jadi baik: buku apa kau baca?
diajak jadi baik : Novel. Hlovate, Versus.
nak jadi baik : tu bukan buku.. buat apa baca novel..mengkhayalkan..baca lah Quran...
diajak jadi baik : kau dah solat? dah nak maghrib ni.
nak jadi baik : belum. nak pergi lah ni. tadi main bola. kau dah?
diajak jadi baik : dah......sebelum aku baca novel mengkhayalkan.

kamu rasa nak berubah.
tak salah.
kamu rasa nak ajak orang lain berubah.
pun tak salah.

tapi jangan sampai merendahkan orang lain.
jangan suruh membuat perkara baik sedangkan kamu tidak.
jangan dipandang enteng hidup orang sedang kamu pun goyang.
jangan.
kerana berasa diri baik selepas menjadi baik,
baikkah kita?