HILANG

HILANG

Tuesday, August 12, 2014

parah



dulu, aku bikin blog ini, untuk lepaskan perasaan --

karna aku bukan seorang yang senang untuk dibuat lawan bicara
dengan lisan, patah perkataan aku akan jadi sangat panjang
dan kadang-kadang, kiasan itu tak semua orang boleh hadam.

jadi, medium ini adalah yang paling baik untuk aku meluah.
pembaca random. aku tak dikenali. dia tak dikenali.
kalau ada pembaca seperti kau sekarang ini
aku dikira bertuah sebab dalam berjuta, kau yang tersangkut disini
membaca entri aku.


selepas lebih dua puluh lima tahun menapak
sungguh, aku masih tidak nampak jalan hidup aku

aku takut.
sebab aku tak rasa ini adalah sesuatu yang normal.

kadang-kadang aku cuba toleh kebelakang
melihat masa lalu
dan bila aku toleh ke depan semula
masih kabur penglihatan aku.


kawan-kawan.
aku tak ada ramai kawan.
bilangan itu boleh dihitung.
kawan -- yang ada dengan kita bila kita perlukan teman untuk berbual, paling tidak.

aku bukan anti-sosial.
seperti yang pernah aku perjelas
aku pernah menjadi yang terbaik di antara yang terbaik
pernah satu ketika aku dihantar mewakili negeri untuk program berstatus antarabangsa
pernah merangkul beberapa gelaran "terbaik" dalam sukan dan olahraga
pernah menjadi komander muda dan memimpin platun

pernah.

jadi, aku bukan anti-sosial.



tapi, di umur semakin tua ini.
aku rasa aku gagal.
gagal sama sekali.


gagal mengurus diri.
gagal meneruskan kehidupan berkualiti.
gagal dalam setiap erti.

gagal.

kau. bila kau baca ayat di atas ini, satu sahaja akan bermain dalam fikiran

CARI TUHAN.

aku akui fakta yang tertanam dalam roh aku ini
bahawa cuma Dia yang boleh menenangkan jiwa aku
aku pernah berusaha dan aku masih berusaha
bohong kalau aku kata aku memang konsisten
dusta.

tapi konsistensi itu bukan seperti membuat dadih, tuan-tuan puan-puan.
yang mana untuk 10 minit sahaja

parah.





berhenti sekejap. kutip balik segala perilaku baik aku yang sudah tercicir di sepanjang tahun-tahun sudah.

payah.
tapi aku perlu.


moga tuhan ada bersama.

Wednesday, May 28, 2014

bukan senang untuk memilih sesuatu yang kita sendiri tak pasti adakah betul pilihan itu.

semua perkara melibatkan pilihan.
mahu atau enggan.
iya atau tidak.


semoga keputusan kali ini memberi impak negatif paling kecil dalam hidup.

farrahmarhein.

Wednesday, May 7, 2014

360 darjah melawan paksi

dalam hidup, mungkin ada masa aku menyesal
dengan apa yang telah aku pilih.

kadang aku terfikir, adakah pilihan yang aku buat itu benar betul?
dan kenapa ini yang diberi oleh tuhan?

Tapi aku tahu, setiap yang aku pilih dan lalui
membentuk aku, menjadi sesuatu.

dan selepas melalui semua, selepas memilih jalan itu
aku belajar terlalu banyak perkara.

walaupun masih belum betul dan mampu bertukar haluan
aku sedang cuba mengemudi sauh dan layar

aku sedang cuba.
semoga tuhan ada sama.

selamat ulang tahun kelahiran.