HILANG

HILANG

Thursday, November 18, 2010

memahami hukum senyum simetri dan kebodohan tanda soal

panjang title. paling panjang setakat ini. kan?
tidak mengapa.
sebab harini cara tulisan ini jenis panjang.
bukan puisi.
jadi, jangan berharap besar mahu baca ritma yang sama
disetiap akhir hujung kata post kali ini.
terima kasih.

memahami hukum senyum simetri dan kebodohan tanda soal
itu tajuk kali ini.

kenapa aku kupas tentang benda yang rawak sebegini?
kerana ini hal aku dua minggu lepas.
aku masih terfikir-fikir akan hal ini
dan aku mahu kamu, sang pembaca
fahami dan beritahu jika aku salah.
aku terima.

baik,

senyum simetri bermakna senyuman yang seimbang,
sama kiri kanan
sama lebar tinggi

senyum simetri biasa aku lakukan,
untuk memperlihatkan
tentang keikhlasan senyuman itu sendiri.

berbeza dengan senyum plastik, senyum menghina senget sebelah atau senyum tampal
senyum simetri menggambarkan keluhuran, rasa tenang, hormat
dan seperti yang aku beritahu tadi, ia merujuk kepada keikhlasan.
keikhlasan; baik bagi pemberi senyum atau penerima senyum tersebut.

faham?
mudah bukan?

berbalik kepada tajuk, subjek yang lagi satu; kebodohan tanda soal.

tidaklah aku hendak menghurai apa itu tanda soal (?)
tetapi dalam konteks yang aku ingin beritahu,
ia menggambarkan keadaan tidak percaya atau lebih tepat; pertanyaan.

sudah faham maksud kedua-duanya bukan?

mari imbas insiden dua minggu lepas.

aku - A
akak pelayan - AP

A : akak, saya nak makan... boleh?
AP : boleh la.. dah namanya kedai makan...

baik. berhenti sebentar.

aku bukan jenis suka menceceh. tapi tidakkah akak sedar pertanyaan itu merujuk kepada
"sila ambil order saya boleh tak akak?"

baik, semasa aku bertanya, aku beri SENYUMAN SIMETRI.
dan bila akak pelayan membalas kata-kata aku, dia beri SENYUMAN PLASTIK.

aku biarkan keadaan itu dan duduk di luar, mengadap laut.
aku terperasan ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 8 tahun
duduk di sebelah meja aku.
tidak ditemani sesiapa.

15 minit, makanan aku sampai. akak pelayan yang sama menghantar makanan itu.

A : Terima kasih kak.. makan...
AP : dah order.. makanlah.. takkan nak dibuang..

aku terus makan, malas untuk ambil pusing.

baik, semasa aku menjemput dia tadi, aku beri SENYUMAN SIMETRI
dan bila akak pelayan membalas kata-kata aku, dia beri SENYUMAN MENGHINA SENGET SEBELAH

akak pelayan duduk di sebelah kanak-kanak umur 8 tahun tadi.

A : Eh, anak akak ke?
AP : tak lah.. adik.. anak akak paling kecil umur Tingkatan 1...

aku bertanya atas sebab ingin tahu. jangan salahkan sifat inkuiri aku yang terlalu tinggi.

baik, semasa aku bertanya, aku beri SENYUMAN SIMETRI
dan bila akak pelayan membalas kata-kata aku, dia beri SENYUMAN TAMPAL

Aku mahu cari jawapan tentang ini dari kamu semua.

Adalah salah pertanyaan-pertanyaan aku,
dari segi bahasa dan tutur kata?

tidakkah kita - Orang Melayu
diajar untuk bercakap dan bertanya
dalam lenggok bahasa yang indah
yang memang diperturun dari zaman ke zaman
dan dipasak kukuh bersama lenggok bahasa ini
dengan pertanyaan yang kita kira bodoh
tetapi penuh unsur KEMELAYUANNYA
dengan ditinta indah unsur HORMAT?

beritahu aku kalau aku salah.

pernah aku baca tentang kupasan seorang blogger,
tentang bodohnya pertanyaan :

"Cik Melah.. sidai kain ke?"

walaupun terang-terangan Cik Melah memang sedang menyidai kain.

Tidak. Yang bertanya tidak bodoh.
kerana ia pertanyaan biasa yang kita lakukan
dengan lenggok bahasa
"menegur dengan hormat".

selain memberi salam, kebiasaannya.

itu kamu harus faham.

jadi, apabila aku bertanya
jangan beri jawapan bodoh pada aku
kerana aku diajar untuk bertanya
dengan lenggok bahasa Melayu.
bahasa ibunda aku.
jawablah dengan ikhlas
kena pada gaya
kena pada rasa


dan jangan bunuh senyum semetri aku.
tolong.


aku mohon.

Wednesday, November 17, 2010

hitch

kadang-kadang aku terlalu rimas dan mual
bila kawan-kawan tagged kata-kata chenta kat aku.

kalau tidak pun, dorang post kata-kata tu dan halalkan aku view.

tak kesah la.
kata-kata
bait-bait
puisi indah
atau pantun dua kerat sekalipun

aku memang tak gemar!

korang nampak aku macam desperate ke??

damn~


aku tau ia bukan dituju untuk aku.
aku faham ia bukan dihala untuk aku.

jadi, tolong jangan semakkan wall aku dengan puisi madah berhelah.
tolong.

aku bukan tak boleh jiwang.
aku punya jiwa romantis yang korang-tak-perlu-ambil-tau-okey!

cara ekspresi rasa
ada banyak cara
selain dari tagged nota-nota
"trilogi sebelum kahwin"
"sebulan selepas akad"
atau
"indahnya cinta bila dapat bersama"

aku tak perlukan.
sebab jika sekadar membaca
tapi tak dipraktikkan

bagi aku,

gagal sama sekali.

jiwa-jiwa itu indah
bila ia diekspresi
dalam bentuk yang mudah difahami dan dirasai.

kalau dalam bahasa mat rempit
"ayat power!"

jadi, jika sekadar membaca
kemudian mahu dikongsi
sama aku
yang jenis 'praktikal'
teori-teori itu aku anggap basi.

bukan mahu dabik dada ya..
cuma mahu kamu faham
quote itu memang bait indah dan penuh inspirasi
cuma ia diolah untuk dinikmati
dan perlu diserta amalannya.

sebagai contoh,

jika tagged aku dengan nota "suprise hari jadi untuk si dia"
sila pastikan korang lakukan perkara yang sama
pada kekasih, suami atau isteri.

jika belum, sila remove nama aku pada notes korang.
jika aku boleh beri markah, aku kasi F!

aku belajar dari Hitch.

jadi, tolong jangan semakkan wall aku lagi ya!

Tuesday, October 5, 2010

kawan lama

dari kecik sampai lah ke besar
aku sentiasa ada kitaran kawan.
maksud aku, ada masa, ada waktu
aku akan jadi begitu rapat dengan seseorang
dan ada waktu aku akan menerima seorang yang lain
dan kawan yang tadi pergi menjauh

tidak bergaduh
tidak bermusuh

cuma menjauh

seperti yang aku cakap
kitaran.

berpusing2..


dari kecil aku cuba mengertikan perihal ni
pelik.
tak bolehkah satu perhubungan itu terus kekal
dan indah seperti selalu
seperti dulu?

makin membesar dan dewasa ini
aku mulai faham

keadaan itu normal
kerana manusia itu mana sama sifatnya
pada setiap satunya
pada setiap kudratnya
pada setiap takdirnya
pada setiap fikirnya
pada setiap perlakuannya
pada setiap tindakannya
pada setiap segalanya.

dan belajar menjadi dewasa
membuatkan kita mula sedar
akan kepentingan memilih jalan sendiri

mungkin bulan ini kita senang dengan kawan sama tepi jalan cari kerja
dan bulan depan kita senang sama kawan cari makan MLM
dan bulan berikut kita senang dengan kawan punya agenda bisnes sendiri
dan bulan kemudian kita senang dengan kawan tokey2 besar cari orang untuk jana duit
dan bulan berterusan kita senang dengan kawan yang sama-sama hanya hidup dengan jadi orang NGO.

berbakti. tanpa mahu balasan.
ikhlas. tanpa mahu nama terpempan.

dan kemudian terus. dan terus. dan terus.
kita memilih selera yang kita suka.

mungkin zaman belajar sekolah rendah kita suka dengan kawan yang suka main kejar-kejar.
dan sekolah menengah kita suka pada kawan yang popular dan happening.
dan zaman universiti kita suka pada kawan yang bersama susah senang.
dan zaman berkerja kita suka pada kawan yang sama-sama workaholic.

dan keadaan itu tetap terus berlaku. dan berlaku.
antara kita mengejar mimpi untuk menjadi.
atau tertinggal bertapak-tapak dibelakang.

pilih.

sebab tu ada kawan sanggup tinggal kawan untuk ini.
untuk mengejar mimpi realistik
untuk menjadi seseorang
untuk lebih dewasa
untuk lebih menghargai hidup.

kepada kawan-kawan yang pernah ada bersama
tapi memilih untuk tinggalkan aku kerana itu, sesuatu

tidak mengapa.

ada mahu jadi artis. tinggalkan aku, yang jari kaku.
ada yang mahu jadi orang bisnes. tinggalkan aku, yang otak tepu.
ada yang mahu jadi senator. tinggalkan aku, tak perlu tunggu.
ada yang mahu jadi seniman. tinggalkan aku, yang masih buntu.

tinggal kan aku.
tinggal kan aku.

aku masih mampu hidup tanpa kamu.
sebab
dalam perjalan tempoh panjang 10 20 tahun ini
banyak yang kita kenal dan pelajari
dan setiap kamu memilih untuk tinggalkan aku bertapak-tapak

aku doakan kamu benar berjaya.

karna aku mahu hidup secara biasa.