HILANG

HILANG

Friday, January 14, 2011

epilog : 5 tahun selepas

sudah tidak kenal
sudah susah tafsir
sudah ubah angin
sudah hilang rasa.

5 tahun bukan sekejap
jadi, tak perlu hairan
biarkan lepas
sebab aku pun tak pernah berharap
menjadi seperti ini
bersambung seperti ini
sudah cukup baik
sudah cukup lengkap

jadi lepaskan bila sudah masanya
tak perlu bina harapan
nak jadi macam dulu semula

ada, ada
tak ada pun tak apa.

aku mula dengan prolog
dan pasti aku tutup dengan epilog.

setiap yang pernah jadi
aku simpan jadi mimpi







mimpi kan indah
tapi tak berkekalan.



notakaki : dia pasti faham.

No comments:

Post a Comment