HILANG

HILANG

Tuesday, August 12, 2014

parah



dulu, aku bikin blog ini, untuk lepaskan perasaan --

karna aku bukan seorang yang senang untuk dibuat lawan bicara
dengan lisan, patah perkataan aku akan jadi sangat panjang
dan kadang-kadang, kiasan itu tak semua orang boleh hadam.

jadi, medium ini adalah yang paling baik untuk aku meluah.
pembaca random. aku tak dikenali. dia tak dikenali.
kalau ada pembaca seperti kau sekarang ini
aku dikira bertuah sebab dalam berjuta, kau yang tersangkut disini
membaca entri aku.


selepas lebih dua puluh lima tahun menapak
sungguh, aku masih tidak nampak jalan hidup aku

aku takut.
sebab aku tak rasa ini adalah sesuatu yang normal.

kadang-kadang aku cuba toleh kebelakang
melihat masa lalu
dan bila aku toleh ke depan semula
masih kabur penglihatan aku.


kawan-kawan.
aku tak ada ramai kawan.
bilangan itu boleh dihitung.
kawan -- yang ada dengan kita bila kita perlukan teman untuk berbual, paling tidak.

aku bukan anti-sosial.
seperti yang pernah aku perjelas
aku pernah menjadi yang terbaik di antara yang terbaik
pernah satu ketika aku dihantar mewakili negeri untuk program berstatus antarabangsa
pernah merangkul beberapa gelaran "terbaik" dalam sukan dan olahraga
pernah menjadi komander muda dan memimpin platun

pernah.

jadi, aku bukan anti-sosial.



tapi, di umur semakin tua ini.
aku rasa aku gagal.
gagal sama sekali.


gagal mengurus diri.
gagal meneruskan kehidupan berkualiti.
gagal dalam setiap erti.

gagal.

kau. bila kau baca ayat di atas ini, satu sahaja akan bermain dalam fikiran

CARI TUHAN.

aku akui fakta yang tertanam dalam roh aku ini
bahawa cuma Dia yang boleh menenangkan jiwa aku
aku pernah berusaha dan aku masih berusaha
bohong kalau aku kata aku memang konsisten
dusta.

tapi konsistensi itu bukan seperti membuat dadih, tuan-tuan puan-puan.
yang mana untuk 10 minit sahaja

parah.





berhenti sekejap. kutip balik segala perilaku baik aku yang sudah tercicir di sepanjang tahun-tahun sudah.

payah.
tapi aku perlu.


moga tuhan ada bersama.

No comments:

Post a Comment