HILANG

HILANG

Tuesday, January 24, 2012

sebelum kamu letak kepercayaan pada butang 'approve'

Minta maaf.
Entri kali ini bukan jenis yang beritma sama.
Kali ini agak picisan.
Cuma aku sekadar meluah. Dan jika dapat dikongsi, Alhamdulillah.

Ini picisan tersisih dari kes-kes Facebook terdahulu.
Yang lepas, aku kira aku menceceh tentang hal remeh.
Dan kali ini pun, mungkin sama.
Aku tekankan, kali ini aku cuma sekadar menaip.
Dan aku cuma mahu menaip.
Jika nanti selepas kalian baca semua, mahu angguk, silakan. Mahu geleng silakan.

Sekian.


- Facebook : Sebelum Kamu Letak Kepercayaan Pada Butang Approve.

Ada antara kawan-kawan aku yang friend list mereka mencapai jumlah ala-ala artis.
6 ribu 7 ribu 8 ribu orang kawan.
Orang biasa-biasa. Tapi punya kawan yang cukup ramai.

Mereka kata, "biasalah, Facebook untuk berkawan. Mencari kawan. Baru, lama, hilang, jumpa".
*senyum*

Iya. Sungguh. Aku setuju.
Tapi yang aku ingin cakapkan ini, bukan sekadar itu.
Bukan senarai panjang kawan-kawan kamu itu.
Yang ini, kawan-kawan sekeliling.
Kawan-kawan sekerja. Satu tempat kerja.
Kawan-kawan sekolah. Satu sekolah.
Kawan-kawan sekawasan. Satu tempat tinggal. Jiran, mungkin?

Berapa ramai dari kamu yang pernah membaca luahan hati di wall rakan seperti :

"Macam bagus sangat.. bodek boss boleh lah"
"Couple gedik bercinta satu kelas..menyampah betul aku!"
"Baru renovate rumah dah berlagak!"

di wall rakan-rakan kamu?
maksud aku, rakan terdekat kamu.

Pernah tidak kamu berhadapan dengan perlakuan pasif agresif seperti ini?
Di depan kamu, dia sangat senyap.
Tetapi di dalam laman sosial, dia menyerang tanpa peduli.
Menyerang setiap saat. Update status setiap beberapa minit.
Semuanya ke arah provokasi. Provokasi melampau.
Kalau pun bukan kepada kamu, kepada orang yang dia benci, tak puas hati.
Dan pastinya, pihak yang sebelah itu, adalah rakan Facebook dia, dalam senarai.
Antara dua situasi, dia boleh membaca sama, atau status itu diharam view untuk tontotan.

Dan kalau dia boleh baca, dia diam, tidak membalas serangan melalui komen, dia pengecut.
Tetapi jika dia balas, mungkin :

dikata "ini bukan hal pasal engkau..malu sikit"
dikata "kau terasa eh"
dikata "makan cili rasalah pedas"
dan dikutuk laknat dalam status seterusnya.

bila difikir semula,
sebelum kejadian,
mereka memang saling komen gambar,
tanpa sengketa.

Setelah timbul konflik
masing-masing menyerang
menggunakan medium sama
siapa ramai kawan, sokongan, dia mampu menang

atau, dahulu gambar dan status peribadi dikongsi tawa sama
dan selepas konflik
itu yang diangkat jadi najis jadi cerca
dipalu seluruh laman
jadi cerita, untuk aib.
ajaib!

jadi, aku mahu kamu fikir betul-betul...
sebelum mahu tekan butang approve.

nasihat aku, cerita peribadi, benda peribadi, jauhkan dari yang bukan darah daging.
biar yang benar kawan itu kawan.
bukan approve untuk tonton peribadi,
timbul konflik, dia pun mencanang
apa cerita semua dalam laman dalam wall kamu
dia kasi beritahu sama semua
lagi parah jika satu tempat, satu kelas, satu kawasan.

jaga-jaga!




cebisan omong, memekak, mahu taip dengan typing skill yang dah mula haus.
ah!

1 comment:

  1. Alhamdulillah,setakat ni kawan-kawan FB masih lagi berkelakuan baik. Begitu juga dengan kawan kawan realiti yang menjadi kawan FB. Memang setuju sangat time nak approve tu kena hati-hati. tapi payah juga nak screen time tu. So, selalunya akan approve dulu, tengok perkembangan dia, kalau ok then stay. Kalau perangai macam orang tak sudah, then remove. :)

    ReplyDelete